Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah. JUARA 2009-2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. bersyukur kita kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. hari ini 30 julai 2011 adalah hari yang paling bahagia buat kami (gulintangan iramaseriripas) kerana masih bertahan dinobatkan sebagai JUARA GULINTANGAN 3 kali berturut-turut dari tahun 2009-2011 yang berlangsung di dewan maktab Duli PMAMB tadi pagi. kami sangat bersyukur kepada-Mu Ya Allah. Pengorbanan, dugaan, cobaan kami harunginya dengan sabar dan berfikiran tenang. terima kasih atas kerjasama pengajar-pengajar yazid,rafie dan qays, dan guru-guru pengawas gulintangan sir azman, teacher nora dan teacher aimi. terima kasih juga kepada kawan-kawan gulintangan, tanpa kerjasama kalian, kita tidak lah bergelar sebagai juara. latihan yang mencukupi walaupun ada lastminit ada bertukar part-part lagu, tapi kamu tetap berkeras berjuang untuk menghasilkan yang terbaik dan cuba untuk memperbaiki. tidak mengira masa sudah mahu masuk waktu maghrib, tetapi semangat membara kalian berbaloi. alhamdulillah. itulah kerjasama dari Gulintangan iramaseriripas. without teamwork, kami tak kanlah jadi seperti ini. JUARA!